Bas Rapid KL Rempuh 7 Kenderaan

Tular di media sosial sebuah bas rapid KL merempuh 7 buah kenderaan. Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Bangunan Risda, Jalan Ampang . Bas memecut laju, adegan kejar mengejar berlaku sehingga bas tersebut terhadang dan berhenti akibat melanggar kenderaan ke-7 sebuah Kereta Proton Saga bewarna merah. Dalam kejadian itu, bas rapid KL tersebut seakan melarikan diri dari dikejar sekumpulan motorsikal. Menurut Akaun Facebook Azri Arip, bas tersebut terlebih dahulu merempuh sebuah kereta dan kereta tersebut terbabas mengena gerai burger ibunya . Semasa kejadian itu, ibunya memangku bayi berusia 2 bulan dan dikatakan terpelanting. Menurut seorang penumpang yang berkongsi maklumat di media sosial, Hesty Natalia, dia melihat bas yang dinaikinya melanggar sebuah kereta Proton Saga bewarna hitam dan kereta itu berpusing sebelum melanggar sebuah gerai burger. Menurut Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Assistent Komisione...