Bas Rapid KL Rempuh 7 Kenderaan



Tular di media sosial sebuah bas rapid KL merempuh 7 buah kenderaan. Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Bangunan Risda, Jalan Ampang . Bas memecut laju, adegan kejar mengejar berlaku sehingga bas tersebut terhadang dan berhenti akibat melanggar kenderaan ke-7 sebuah Kereta Proton Saga bewarna merah. Dalam kejadian itu, bas rapid KL tersebut seakan melarikan diri dari dikejar sekumpulan motorsikal. 

Menurut Akaun Facebook Azri Arip, bas tersebut terlebih dahulu merempuh sebuah kereta dan kereta tersebut terbabas mengena gerai burger ibunya . Semasa kejadian itu, ibunya memangku bayi berusia 2 bulan dan dikatakan terpelanting.




Menurut seorang penumpang yang berkongsi maklumat di media sosial, Hesty Natalia,  dia melihat bas yang dinaikinya melanggar sebuah kereta Proton Saga bewarna  hitam dan kereta itu berpusing sebelum melanggar sebuah gerai burger.

Menurut Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Assistent Komisioner Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu bas tersebut sedang mendapatkan rawatan di Hospital Ampang akibat kecederaan.

Sementara itu, pengendali bas Rapid KL, Prasarana Malaysia Berhad memohon maaf diatas kejadian yang berlaku.Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata, pihakanya sedang mendapatkan maklumat terperinci berkenaan kejadian tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Komunis di Tanah Melayu

Adun Seri Setia meninggal dunia

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?