UEC satu ketidakadilan

Aliran Vernakular yang gagal

Kegagalan aliran vernakular di Malaysia untuk penyatuan masyarakat disambut dengan  cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu, UEC. Kita bukan sahaja gagal, malah membesarkan lagi jurang bangsa .

Bertentangan dengan perlembagaan

Proffesor Emiritus Dr. Khoo Khai Kim(Ehsan Utusan)

Tokoh Sejarah, Professor Emiritus, Tan Sri Dr. Khoo Khai Kim berkata, jika mereka memahami perlembangaan, pengiktirafan UEC sudah pasti tidak akan dilakukan kerana ia pertentangan dengan perlembagaan negara. Undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan adalah tidak sah.

Ujarnya lagi, Jika pemimpin tidak menghormati perlembagaan, mereka telah memberi isyarat yang salah kepada generasi muda untuk tidak menghormati perlembagaan negara. Fahami perlembagaan dan hayati rukunegara. Rukunegara bukan sekadar menjadi sebutan dibibir tetapi  perlu disemat di hati.

UEC tidak adil

Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong (Ehsan Utusan )

Felo utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong pula berkata, adalah tidak adil kepad a pelajar Cina aliran kebangsaan kerana peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan semakin megecil kerana terpaksa bersaing dengan pelajar lulusan UEC.


Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dikritik kerana tidak menggunakan bahasa kebangsaan dan menolak sukatan pelajaran kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia dan Sejarah. Sistem satu aliran yang sepatutnya diketengahkan untuk menyatupadukan rakyat tetapi dipandang sepi oleh kerajaan semasa dan juga kerajaan terdahulu.





Comments

Popular posts from this blog

Komunis di Tanah Melayu

Adun Seri Setia meninggal dunia

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?