Komunis di Tanah Melayu


Komunis di Tanah Melayu.


Pengasas Komunisme

Komunisme ,sebuah  ideologi politik yang pernah menjadi paling berpengaruh di dunia suatu masa dahulu diasaskan oleh Karl Marx (5 Mei 1818-14 Mac 1883). Fahaman ini tercetus  daripada manifesto 'Manifest der Kommunistischen' yang pertama dihasilkan pada 21 Februari 1848.


Definisi

Dari sudut pandangan politik, Komunis bersifat Autokratik.Pada satu ketika, mereka boleh berlaku kejam demi mencapai kemahuan dan kelangsungan  politik. Dari sudut ekonomi , komunis menganggap semua kekayaan adalah milik negara manakala  dari segi akidah, mereka bersifat Atheigm ( tidak mempercayai kewujudah tuhan).

Komunis di Tanah Melayu

Chin Peng, Pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM)

Ideologi kapitalisme, fasisme dan komunisme telahpun bersaing sejak sebelum meletusnya perang dunia ke dua pada tahun 1941 sehingga 1945. Perluasan kuasa untuk merebut wilayah menjadi agenda utama untuk mengukuhkan fahaman masing-masing di seluruh dunia. Tidak terlepas di Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu, Kolonial British yang menjadi pendokong Ideologi Kapitalisme dunia yang telah sekian  lama menjarah bumi Melayu mendapat tentangan dari kewujudan fahaman Komunisme seawal 1920an.Walaubagaimanapun, persaingan antara dua kuasa tersebut terhenti seketika dengan kehadiran kuasa fasis iaitu Jepun yang menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942 sehingga 1945. Kehadiran tentera matahari terbit tersebut telah mengubah landskap politik dan hubungan antara Kolonial British dan Komunis. Lantaran itu, mereka segera menjalin persahabatan dengan bekerjasama sehingga PKM diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan  politik yang sah di tanah Melayu. Melalui MPAJA bersama pejuang tempatan,penentangan terhdapa Jepun dilakukan.   Setelah perang tamat, kerjasama antara mereka semakin pudar dan persengketaan berulang kembali.sehingga meletusnya serangan bersenjata pihak Komunis terhadap Kolonial British. PKM cuba menyebarkan fahaman Komunisme dengan kejam, kekerasan terhadap masyarakat tempatan dan menghalau British dari tanah Melayu untuk mengambil alih tampok kekuasan.

Kekejaman Komunis di Tanah Melayu

Walaupun pada asalnya pihak komunis melalui MPAJA membantu dalam mengusir pihak tentera Jepun, namun siri kekejaman pihak komunis pada masyarakat setempat membekas dan tidak mungkin akan dilupakan. ,Berikut adalah siri kekejaman  pihak Komunis di Tanah Melayu. sehingga darurat diisytiharkan.
Darurat di Tanah Melayu 19460-1969.
ehsan Arkib Negara


13 Dis. 1948 - Pengganas komunis membakar bangunan      
                        anak yatim di Serendah,Selangor.

05 Julai 1949 - Pihak komunis melemparkan sebutir bom ke 
                         orang ramai yang sedang menyaksikan 
                         pertunjukkan sarkas.

21 Sept. 1949 - Mencampak kanak-kanak berusia 8 tahun 
                          ke dalam api yang sedang marak di daerah
                          Plentong, Johor

04 Feb. 1950 -  Pengganas Komunis membakar kampung di 
                         Simpang Tiga, Perak

23 Feb. 1950 - Menyerang balai polis Bukit Kepong

07 Okt. 1951  - Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Hery Lovell 
                         Goldsworthy Gurney mati di tembak.

21 Feb. 1952 - Sebuah kenderaan polis di serang hendap  di 
                         Taiping, Perak

27 Feb. 1951 - Serangan bom tangan di Panggung Wayang 
                         Wah Lok.

18 Okt. 1954 - Balai Polis di Pontian Johor musnah dibakar 
                        Komunis.

Lakonan semula kekejaman komunis terhdap orang asli. 
Gambar ehsan Utusan Malaysia

09 Mac 1955 -  4 orang asli dibunuh oleh pengganas 
                         Komunis di Sungai Landor,Ipoh ,Perak.

07 Jun 1974   -  Pengganas Komunis menembak mati Ketua 
                          Polis Negara, Tan Sri Abd, Rahman  Hasyim 
                          di Kuala Lumpur.

26 Ogos 1965 - Tugu Negara dibom oleh Komunis.

13 Nov. 1975 -  Pengganas Komunis menembak mati Ketua 
                         Polis Perak, Tam Sri Khou Chong Kong di  
                         Ipoh,Perak.

Rundingan Baling 1955


Akibat kekejaman yang dilakukan, pihak komunis tidak mendapat sambutan penduduk setempat. Rundingan Baling diadakan pada tahun 1955 memutuskan PKM dibubarkan.

Comments