TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?
![]() |
| Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Kuala Lumpur - Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kritikan pihak pembangkang ke atas perlantikanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional. Menurutnya, beliaulah orang yang mewujudkan Khazanah Nasional dan disebabkan Syarikat itu telah lari dari matlamat sebenar penubuhannya maka, adalah perlu untuk mendorongnya kembali ke matlamat asal.
"Bukannya saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang bergaji RM7 Juta", katanya kepada pemberita sejurus keluar dari mempengerusikan mesyuarat Majlis Pakatan Harapan di Kuala Lumpur.
Datuk Sri Azmin Ali, Tan Sri Hassan Merican, Dr. Sukhdave Sigh dan Goh Chin Ying dilantik sebagai Pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, menurut pejabat Perdana Menteri berdasarkan kenyataan pada 30 Julai lalu. Sebelum itu, Tan Sri Azman Mokhtar dan beberapa Pengarah telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Khazanah Nasional.
Sementara itu, pihak pembangkang mengkritik keras perlantikan itu kerana menyalahi ikrar Pakatan Harapan sebelum Pilihanraya ke 14 supaya ahli politik tidak campurtangan di dalam pengurusan GLC di Malaysia.

Comments
Post a Comment