RELA ditamatkan berkuatkuasa 1 September


Perkhidmatan berbayar anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) bakal ditamatkan berkuatkuasa September 2018. Satu surat rasmi dari pejabat Sukarelawan Malaysia (RELA) berkenaan penamatan perkhidmatan berbayar RELA didapati tular di media sosial. Menurut surat itu, ia melibatkan 98 pusat komuniti yang terkesan dalam penamatan perkhidmatan itu.

Semantara itu, UMNO melalui Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Hassan, mengecam penamatan perkhimatan RELA dibawah kerajaan Pakatan Harapan. Anggota-anggota RELA yang terlibat bakal kehilangan sumber pendapatan dan ini menyusahkan hidup mereka bersama keluarga.

Sebelum ini, dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, elaun petugas RELA telah dinaikkan dari RM6 ke RM8 sejam dan RM7.80 ke RM9.80.

Walaubagaimanapun, menurut Harian Metro, maklumbalas daripada Jabatan Sukarelawan menjelaskan hanya 294 anggota yang terlibat dimana tugasan rondaan sementara di 98 PPKR yang bakal ditamatkan bayaran perkhidmatan. Tugas-tugas rondaan boleh diteruskan tanpa bayaran.

Comments

Popular posts from this blog

Komunis di Tanah Melayu

Adun Seri Setia meninggal dunia

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?