Datuk Ahmad Nizam Salleh Pengerusi Petronas baru


Datuk Ahmad Nizam Salleh dilantik sebagai Pengerusi Petronas yang baru berkuatkuasa serta merta menggantikan Tan Sri Sidek Hassan yang meletakkan jawatan baru-baru ini. Beliau berpengalaman luas dalam industri Minyak dan Gas selama 37 tahun dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerjayanya  bersama Petronas.

Datuk Ahmad Nizam, lulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat, menyertai Petronas pada tahun 1981 sebagai Penganalisis, Perancang dan Penyelaras  Projek dalam sektor Perancangan Korporat dan Kewangan di Pejabat Ketua Korporat PETRONAS sehingga 1987.

Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif di Bintulu Port Berhad , MISC , Pengarah Besar Bahagian Perbendaharaan Petronas dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekitif Malaysia LNG Sdn. Bhd.

Tan Sri Wan Zulkifli Wan Ariffin kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekitif kumpulan menurut Pejabat Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

Komunis di Tanah Melayu

Adun Seri Setia meninggal dunia

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?