EQUANIMITY akan tiba di Pelabuhan Klang, Bakal di Lelong

Kapal Persiaran Mewah Equanimity
Kapal Persiaran Mewah Equanimity  tiba di Terminal Boustead  Cruise Center, Pelabuhan Kelang hari ini. Kapal ini berlayar dari Batam semalam.

Kapal bernilai RM1 Billion ini, dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Teik Low atau dikenali sebagai Jho Low. Ia dikenalpasti sebahagian daripada aset yang dibeli dengan menggunakan wang 1MDB.

Menurut Astro Awani, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak menolak kemungkinan kapal ini bakal dijual kepada pembida tertinggi. Jika dibiarkan kapal ini memerlukan kos selenggara yang tinggi dan nilainya akan susut. Pilihan terbaik ialah menjualnya.

Menurut halaman The Star, Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan Terima Kasih kepada kerajaan Indonesia khususnya Jokowi yang menghantar pulang Kapal Mewah ini. Menurut beliau, mana-mana pihak yang termasuk Jho Low yang mahu menuntut kapal ini perlu membuktikan dari mana wang sebanyak ini diperolehi untuk membeli kapal ini. Jika terbukti benar, kapal ini boleh dituntut kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Komunis di Tanah Melayu

Adun Seri Setia meninggal dunia

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?