Nota Terakhir Tan Sri Azman Mokhtar di Hari Terakhir di Khazanah

Tan Sri Azman Mokhtar

Tan Sri Azman Mokhtar tampil di hari terakhir beliau dengan diraikan oleh kakitangan Khazanah. Beliau  diraikan sebagai wira dan mengakhiri tugasan beliau dengan penuh dedikasi. Beliau menjawat jawatan Pengerusi Khazanah sejak 2004 dengan baik sekali apabila mencatat keuntungan hampir RM100 Billion sejak mengambil alih jawatan tersebut.

Tan Sri Azman Mokhtar merupakan lulusan sarjana falsafah dari Universiti Cambridge, United Kingdom. Beliau juga merupakan Penganalisis kewangan bertauliah (CFA) dan Felo Akauntan bertauliah.

Antara tahun 1994 sehingga 1998, beliau pernah menyandang jawatan sebagai  Pengarah dan Ketua Penyelidik untuk Bank Switzerland di Malaysia sebelum menjadi Ketua Penyelidik di Solomon Smith Barney yang berpusat di Malaysia pada tahun 1998 sehingga 2002. Beliau kemudian menjadi Pengarah Urusan di Bina Fikir Sdn. Bhd sehingga Mei 2004 sebelum menyertai Khazanah Nasional sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Di hari terakhir beliau pada 2 Ogos 2018 (semalam), beliau dilihat bersalaman dan memeluk kakitangan Khazanah dengan wajah yang sedih. Beliau sempat mencoret nota terakhir yang menjelaskan  pelbagai dakwaan terhadap Khazanah ekoran perletakan jawatan beliau dan beberapa orang ahli lembaga pengarah.

Comments

Popular posts from this blog

Komunis di Tanah Melayu

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?

UEC satu ketidakadilan