Adun Seri Setia meninggal dunia
Profesor Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada pada hari ini jam 6:28 petang di Hospital Putrajaya. Kematian Allahyarham disahkan oleh anaknya Atiqah Shaharudin.
Allahyarham merupakan adun Seri Setia dan pernah menjawat sebagai Naib Canselor Unisel pada suatu ketika. Selain itu Allahyarham pernah menjadi ahli lembaga pengarah Darul Ehsan Group.
Setelah memenangi kerusi Dun Seri Setia dengan majoriti yang besar, pada Pilihanraya Umum ke 14 baru-baru ini, Allayarham dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat negeri Selangor (AMMKN).
Profesor Shahruddin dikatakan mengidap kanser usus (Colon Canser) tahap 4. Allahyarham pernah dilaporkan kritikal dan ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Ibu Kota pada bulan lepas.
Allahyarham merupakan lulusan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya dan pernah bertugas di Universiti Teknologi Mara. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.
Comments
Post a Comment