Anwar: Bukan suara saya
![]() |
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Ehsan The Malaysia Insight |
Dalam rakaman itu, suara mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengkritik Datuk Seri Azmin Ali sebagai 'barua Mahathir'. Suara itu juga berkata mengarahkan Rafizi Ali bertanding merebut jawatan menentang Datuk Sri Azmin Ali. Selain itu, ia mengkritik Tun Mahathir melantik dirinya sebagai Pengerusi Khazanah serta membangkitkan kerugian kes Forex sehingga RM 30 Billion.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya bahawa suara itu milik beliau. Menurutnya, rakaman tersebut mungkin sebahagian dari permainan politik untuk pemilihan PKR tidak lama lagi.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat tidak terlalu bodoh untuk mempercayai rakaman itu yang bertujuan untuk merosakkan hubungan Pakatan Harapan.
Comments
Post a Comment