Mahadir Lokman meninggal dunia.


Mahadir Lokman.

Kota Kinabalu - Personaliti terkenal Mahadir Lokman, 61  meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu pagi tadi.

Menurut Astro Awani, kematian  ini disahkan oleh adik Allahyarham Ida Lokman. Allahyarham meninggal dunia selepas menunaikan solat subuh.

Allahyarham Datuk Mahadir Lokman adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Beliau juga mahir berbahasa Sepanyol, Portugis, Italy, Yunani dan Jepun.

Allahyarham memulakan kerjaya di TV3 sebagai Pembaca Berita dan mengacara pelbagai program termasuk tilawah Al-Quran, Mesyuarat Persidangan Islam untuk Menteri Luar Negara,  Perlancongan dan bayak lagi.

Allahyarham dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (2007)  dan Kesatria Setia DiRaja iaitu satu anugerah dari Yang Di Pertuan Agong ke-10. Selain itu, beliau juga dianugerahkan 'Ordre Les Palmes Academiques' kerana mempromosikan bahasa dan kebudayaan Perancis.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.

Comments

Popular posts from this blog

Komunis di Tanah Melayu

Adun Seri Setia meninggal dunia

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?