Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah
![]() |
| Datuk Shahril RIdza Ridzuan |
Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilantik sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional yang baru dan akan memulakan tugas pada 20 Ogos ini.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak April 2013. Sebelum menyertai KWSP, beliau adalah Pengarah Urusan Malaysian Resourced Corporation Berhad (MRCB) yang bertanggungjawab membangunkan KL Sentral yang menjadi salah satu hab komersial yang berjaya di Ibu Kota.
Beliau juga pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Berhad yang terbabit dalam pemulihan korporat dan penstrukturan semula kredit berikutan krisis kewangan Asia pada tahun 1997.
Shahril Ridza adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Oxford dab Ijazah Sarjana dari Universiti Cambridge. Beliau diterima masuk ke Bar Malaysia, England dan Wales.
Dengan pengalaman luas dalam bidang pelaburan, beliau dilihat layak menjawat jawatan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad.

Comments
Post a Comment