PEMILIHAN PKR: Anwar Menang Tanpa Bertanding

Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum menang tanpa bertanding bagi kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR ) pada pemilihan akan datang. Menurut  Astro Awani, tempoh pencalonan ditutup pada jam 5 petang semalam sejurus itu , pengumuman dibuat oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusof.

 Ini menamatkan segala teka-teki yang kononya Menteri Hal Ehwal Ekonomi,  Datuk Seri Azmin Ali bakal merebut kerusi Presiden. Tumpuan rakyat pada pemilihan PKR penggal 2018/2021 ialah   pertembungan antara Datuk Seri Azmin Ali dalam mempertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR menentang  Rafizi Ramli.


Datuk Seri Azmin Ali, Ehsan Isma Web
Datuk Seri Azmin Ali adalah bekas Menteri Besar Selangor yang kini ahli kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dan Metamatik dari Minnesota, Amerika Syarikat.



Rafizi Ramli
Rafizi Ramli pula merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan dan merupakan Setiausaha Agung PKR. Beliau adalah lulusan Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Leeds, England . 

Comments

Popular posts from this blog

Komunis di Tanah Melayu

Adun Seri Setia meninggal dunia

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?