WAN AZIZAH: Bukan Suara Suami Saya
![]() |
| Datuk Seri WAn Azizah, Ehsan Suara Pakatan Daily |
Tular satu rakaman audio di media sosial mengkritik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam rakaman itu, suara mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengkritik Datuk Seri Azmin Ali sebagai ' Barua Mahathir'. Suara itu juga berkata mengarahkan Rafizi Ali bertanding merebut jawatan menentang Datuk Seri Azmin Ali. Selain itu, ia mengkritik Tun Mahathir melantik dirinya sebagai Pengerusi Khazanah serta membangkitkan kerugian kes Forex sehingga RM 30 Billion di zaman pemerintahan beliau sebgai Perdana Menteri kali pertama pada tahun 1980an.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menafikan suara itu milik suaminya." Itu memang tak betul. Bila dengar tu...siapa punya 'cong' ni. Itu bukan dia.Yang pasti itu bukan dia. Itu bukan suara suami saya". tegas Datuk Seri Wan Azizah.
Isu tersebut dicetuskan mungkin kerana pemilihan pucuk pimpinan PKR yang semakin hampir di samping Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis.

Comments
Post a Comment