Posts

Bas Rapid KL Rempuh 7 Kenderaan

Image
Tular di media sosial sebuah bas rapid KL merempuh 7 buah kenderaan. Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Bangunan Risda, Jalan Ampang . Bas memecut laju, adegan kejar mengejar berlaku sehingga bas tersebut terhadang dan berhenti akibat melanggar kenderaan ke-7 sebuah Kereta Proton Saga bewarna merah. Dalam kejadian itu, bas rapid KL tersebut seakan melarikan diri dari dikejar sekumpulan motorsikal.  Menurut Akaun Facebook Azri Arip, bas tersebut terlebih dahulu merempuh sebuah kereta dan kereta tersebut terbabas mengena gerai burger ibunya . Semasa kejadian itu, ibunya memangku bayi berusia 2 bulan dan dikatakan terpelanting. Menurut seorang penumpang yang berkongsi maklumat di media sosial, Hesty Natalia,  dia melihat bas yang dinaikinya melanggar sebuah kereta Proton Saga bewarna  hitam dan kereta itu berpusing sebelum melanggar sebuah gerai burger. Menurut Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Assistent Komisione...

EQUANIMITY akan tiba di Pelabuhan Klang, Bakal di Lelong

Image
Kapal Persiaran Mewah Equanimity Kapal Persiaran Mewah Equanimity  tiba di Terminal Boustead  Cruise Center, Pelabuhan Kelang hari ini. Kapal ini berlayar dari Batam semalam. Kapal bernilai RM1 Billion ini, dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Teik Low atau dikenali sebagai Jho Low. Ia dikenalpasti sebahagian daripada aset yang dibeli dengan menggunakan wang 1MDB. Menurut Astro Awani, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak menolak kemungkinan kapal ini bakal dijual kepada pembida tertinggi. Jika dibiarkan kapal ini memerlukan kos selenggara yang tinggi dan nilainya akan susut. Pilihan terbaik ialah menjualnya. Menurut halaman The Star, Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan Terima Kasih kepada kerajaan Indonesia khususnya Jokowi yang menghantar pulang Kapal Mewah ini. Menurut beliau, mana-mana pihak yang termasuk Jho Low yang mahu menuntut kapal ini perlu membuktikan dari mana wang sebanyak ini diperolehi untuk membeli kapal ini. Jika terbukti benar,...

PEMILIHAN PKR: Anwar Menang Tanpa Bertanding

Image
Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum menang tanpa bertanding bagi kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR ) pada pemilihan akan datang. Menurut  Astro Awani, tempoh pencalonan ditutup pada jam 5 petang semalam sejurus itu , pengumuman dibuat oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusof.  Ini menamatkan segala teka-teki yang kononya Menteri Hal Ehwal Ekonomi,  Datuk Seri Azmin Ali bakal merebut kerusi Presiden. Tumpuan rakyat pada pemilihan PKR penggal 2018/2021 ialah   pertembungan antara Datuk Seri Azmin Ali dalam mempertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR menentang  Rafizi Ramli. Datuk Seri Azmin Ali, Ehsan Isma Web Datuk Seri Azmin Ali adalah bekas Menteri Besar Selangor yang kini ahli kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dan Metamatik dari Minnesota, Amerika Syarikat. Rafizi Ramli Rafizi Ramli pula merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan da...

WAN AZIZAH: Bukan Suara Suami Saya

Image
Datuk Seri WAn Azizah, Ehsan Suara Pakatan Daily Tular satu rakaman audio di media sosial mengkritik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam rakaman itu, suara mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengkritik Datuk Seri Azmin Ali sebagai ' Barua Mahathir'. Suara itu juga berkata mengarahkan Rafizi Ali bertanding merebut jawatan menentang Datuk Seri Azmin Ali. Selain itu, ia mengkritik Tun Mahathir melantik dirinya sebagai Pengerusi Khazanah serta membangkitkan kerugian kes Forex sehingga RM 30 Billion di zaman pemerintahan beliau sebgai Perdana Menteri kali pertama pada tahun 1980an. Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah  menafikan suara itu milik suaminya." Itu memang tak betul. Bila dengar tu...siapa punya 'cong' ni. Itu bukan dia.Yang pasti itu bukan dia. Itu bukan suara suami saya". tegas Datuk Seri Wan Azizah. Isu tersebut dicetuskan mungkin kerana pemilihan pucuk pimpinan PKR yang sem...

Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah

Image
Datuk Shahril RIdza Ridzuan Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilantik sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional yang baru dan akan memulakan tugas pada 20 Ogos ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak April 2013. Sebelum menyertai KWSP, beliau adalah Pengarah Urusan Malaysian Resourced Corporation Berhad (MRCB) yang bertanggungjawab membangunkan KL Sentral yang menjadi salah satu hab komersial yang berjaya di Ibu Kota. Beliau juga pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Berhad yang terbabit dalam pemulihan korporat dan penstrukturan semula kredit berikutan krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Shahril Ridza adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Oxford dab Ijazah Sarjana dari Universiti Cambridge. Beliau diterima masuk ke Bar Malaysia, England dan Wales. Dengan pengalaman luas  dalam bidang pelaburan,  beliau dilihat layak menjawat jawatan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad.

TUN M: Kenapa persoal perlantikan saya sebagai Pengerusi Khazanah?

Image
Tun Dr. Mahathir Mohamad Kuala Lumpur - Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kritikan pihak pembangkang ke atas perlantikanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional. Menurutnya, beliaulah orang yang mewujudkan Khazanah Nasional dan disebabkan Syarikat itu telah lari dari matlamat sebenar penubuhannya maka, adalah perlu untuk mendorongnya kembali ke matlamat asal. "Bukannya saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang bergaji RM7 Juta", katanya kepada pemberita sejurus keluar dari mempengerusikan mesyuarat Majlis Pakatan Harapan di Kuala Lumpur. Datuk Sri Azmin Ali, Tan Sri Hassan Merican, Dr. Sukhdave Sigh dan Goh Chin Ying dilantik sebagai Pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, menurut pejabat Perdana Menteri berdasarkan kenyataan pada 30 Julai lalu.  Sebelum itu, Tan Sri Azman Mokhtar dan beberapa Pengarah telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Khazanah Nasional. Sementara itu, pihak pembangkang mengkritik keras perlantikan itu kerana menyalahi ikrar Pak...

Nota Terakhir Tan Sri Azman Mokhtar di Hari Terakhir di Khazanah

Image
Tan Sri Azman Mokhtar Tan Sri Azman Mokhtar tampil di hari terakhir beliau dengan diraikan oleh kakitangan Khazanah. Beliau  diraikan sebagai wira dan mengakhiri tugasan beliau dengan penuh dedikasi. Beliau menjawat jawatan Pengerusi Khazanah sejak 2004 dengan baik sekali apabila mencatat keuntungan hampir RM100 Billion sejak mengambil alih jawatan tersebut. Tan Sri Azman Mokhtar merupakan lulusan sarjana falsafah dari Universiti Cambridge, United Kingdom. Beliau juga merupakan Penganalisis kewangan bertauliah (CFA) dan Felo Akauntan bertauliah. Antara tahun 1994 sehingga 1998, beliau pernah menyandang jawatan sebagai  Pengarah dan Ketua Penyelidik untuk Bank Switzerland di Malaysia sebelum menjadi Ketua Penyelidik di Solomon Smith Barney yang berpusat di Malaysia pada tahun 1998 sehingga 2002. Beliau kemudian menjadi Pengarah Urusan di Bina Fikir Sdn. Bhd sehingga Mei 2004 sebelum menyertai Khazanah Nasional sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Di hari terakhir be...